Pada 6 Mei 2023, satu program kebudayaan India sempena Tahun Baru Chitirai telah diadakan di ILP Kuala Langat di bawah anjuran pelajar-pelajar India Bengkel Multimedia dengan kerjasama MPP Biro Kerohanian. Program ini disertai oleh lebih kurang 100 orang pelajar India ILP Kuala Langat dan dibimbing oleh Puan Sarala Kanthasamy, Ketua Bahagian Bengkel Multimedia. Aktiviti memasak ponggal diadakan di sebelah pagi beserta dengan pertandingan-pertandingan seperti membuat kolam, ikat thorenem dan pecah periuk. Di sebelah petang pula diadakan program ceramah yang disampaikan oleh 2 orang penceramah luar iaitu Encik Siva (Pavilius Legacy Skills & Training) dan Encik Krishna Kumar (Yayasan Pembangunan Sosial). Program ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman terhadap kebudayaan, membina jati diri dan akhlak mulia serta memberi pendedahan tentang cabaran-cabaran masa depan yang menanti para pelajar. Program ini juga telah memberi peluang untuk meningkatkan hubungan silaturahim sesama pelajar. Secara keseluruhan program ini telah berjalan lancar dengan kerjasama semua pelajar-pelajar India ILP Kuala Langat. Tahniah diucapkan kepada semua AJK yang menjayakan program ini.