Accessibility Tools

Karnival Aspirasi Kerjaya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor

Karnival Aspirasi Kerjaya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor

Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menyertai pameran kerjaya sempena Karnival Aspirasi Kerjaya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor. Program yang berlangsung pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Lily Hall, Tingkat 7, Bangunan IDCC Seksyen 15, Shah Alam ini telah dihadiri oleh wakil institusi iaitu Pn. Siti Hawa binti Md Nasir dan En. Mohd Amirul Syafiq bin Abdullah sebagai pempamer. Program ini disasarkan kepada para pengunjung dan pencari kerja di sekitar Selangor. Pameran ini diadakan bagi memberi pendedahan dan peluang kepada masyarakat tentang laluan pendidikan, program latihan kemahiran (TVET), dan potensi kerjaya yang ditawarkan di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuhkan kolaborasi di antara institusi TVET dan agensi kerajaan serta komuniti setempat dalam melahirkan masyarakat yang berkemahiran tinggi.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial