12 Ogos 2026 | Program Hari Rabu Tanpa Kenderaan dan Aktiviti Brisk Walk
Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menjayakan Program Hari Rabu Tanpa Kenderaan berserta aktiviti brisk walk di sekitar kawasan kampus. Program yang berlangsung pada pagi tadi ini merupakan salah satu aktiviti mingguan yang diadakan pada setiap hari Rabu. Aktiviti sihat ini telah disertai oleh kakitangan dan pelajar.
Program ini diadakan bagi menggalakkan gaya hidup sihat melalui senaman ringan serta menyokong usaha kelestarian alam sekitar di dalam kawasan kampus. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan warga institusi yang cergas, aktif, dan sentiasa menyokong inisiatif hijau.