Page 2 of 2
Program yang berlangsung pada petang tadi telah disampaikan oleh wakil ICCCM, iaitu Cik Adelene dan Miss Yat Min. Program ini telah disertai oleh Pelajar Semester 1 dan Semester 3 dari Bengkel TPP.
Sesi taklimat ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para pelatih mengenai struktur program pendidikan dan peluang menyambung pengajian di bawah seliaan ICCCM.
Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuhkan kolaborasi pendidikan antarabangsa bagi melahirkan graduan TVET yang berdaya saing global.