Accessibility Tools

Perhimpunan Pelajar Bulan Oktober 2025

Perhimpunan Pelajar Bulan Oktober 2025

3 OKTOBER 2025 | ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah mengadakan Perhimpunan Pelajar Bulan Oktober secara meriah bertempat di Dewan Besar. Bengkel Teknologi Cadd Senibina dipertanggungjawabkan sebagai bengkel bertugas bagi perhimpunan pada kali ini. Perhimpunan pelajar bulan Oktober ini adalah memfokuskan kepada penghargaan kakitangan dan pelajar dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan sepanjang bulan Ogos dan September. Majlis dimulakan dengan perbarisan setiap kontinjen sukan. Setiap kontinjen telah menunjukkan persembahan perbarisan yang sangat menarik dengan kehadiran maskot. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tuan Pengarah iaitu Ts. Yuslan bin Yasok. Tuan Pengarah mengingatkan kepada semua pelajar berkaitan sistem e-KasihKita yang disediakan oleh Kampus Kuala Langat bagi membanteras penindasan dalam kalangan warga kampus. Selain itu, Tuan Pengarah turut memberikan motivasi tinggi kepada pelajar untuk terus meningkatkan kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi turut cemerlang dalam bidang ko-kurikulum. Perhimpunan pada kali ini turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada kakitangan dan pelajar yang telah memenangi Johan dalam Pertandingan TVET Madani Drone Competition 2025 yang telah diadakan pada 22 hingga 24 Ogos 2025 bertempat di Dataran Nilai negeri Sembilan, pertandingan sempena sambutan hari kemerdekaan yang diadakan dari 2 hingga 10 September 2025 dan Karnival Sukan Kakitangan dan Pelajar yang diadakan dari 12 Ogos hingga 23 September 2025. Majlis diakhiri dengan tayangan montaj Karnival Sukan Kakitangan dan Pelajar.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial