
Jemputan Sesi Perbincangan Bersama Syarikat Tatacara Sdn. Bhd
14 Ogos 2025 | Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah berbesar hati menerima jemputan dari rakan industri iaitu syarikat Tatacara Sdn. Bhd., untuk mengadakan sesi perbincangan serta perkenalan bersama Tuan Pengarah yang baru, Ts. Yuslan bin Yasok.
Kerjasama yang terjalin di antara kedua-dua belah pihak telah bermula sejak tahun 2023 dan pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan bersama dengan jayanya. Pada sesi perbincangan hari ini, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk terus memperkukuhkan kerjasama serta merancang lebih banyak penganjuran aktiviti-aktiviti bersama di masa akan datang.
Semoga jalinan kerjasama ini terus utuh serta membawa manfaat dan kebaikan kepada pihak institut dan juga syarikat.