Accessibility Tools

 Kursus Sembelihan Ayam 2025

Kursus Sembelihan Ayam 2025

2 Ogos 2025 / 8 Safar 1447H | Alhamdulillah, Kursus Sembelihan Ayam 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Seramai 216 orang termasuk peserta dan ajk terdiri daripada pelajar dan kakitangan telah menyertai kursus ini. Sebanyak 42 ekor ayam telah disembelih secara praktikal, dengan bimbingan teori dan amali oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hidayat bin Mohd Suhaimi, Pegawai dari MAIS. Kemeriahan acara turut diserikan dengan aktiviti gotong-royong penyediaan dan memasak, diketuai oleh Chef En. Kamil bin Yusop, yang menyediakan nasi briani gaya Chennai yang cukup menyelerakan. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh daripada kursus ini menjadi bekalan bermanfaat dunia dan akhirat. 🌱

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial