
JTM | Bengkel Takbir Urus SOP JTM di Adtec JTM Kampus Kuala Langat
24 Jun 2025 | Pada 23 dan 24 Jun 2025, Bengkel Takbir Urus SOP Jabatan Tenaga Manusia (JTM) telah diadakan di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat melibatkan seramai 70 orang kakitangan pelbagai gred dari seluruh negara. Bengkel ini menghimpunkan wakil daripada ADTEC JTM serta Ibu Pejabat JTM.
Sepanjang dua hari bengkel berlangsung, para peserta telah menyumbangkan kepakaran, pengalaman dan idea konstruktif bagi merangka dan memperkemaskan dokumen Prosedur Operasi Standard (SOP) yang akan digunapakai oleh JTM secara rasmi selepas ini. Bengkel ini bertujuan memastikan setiap SOP yang dibangunkan lebih teratur, seragam dan relevan dengan keperluan semasa jabatan.
Penganjuran bengkel ini turut mencerminkan komitmen JTM dalam memperkukuh amalan tadbir urus yang baik, selain memacu keberkesanan penyampaian perkhidmatan secara bersepadu dan berimpak tinggi.