Accessibility Tools

Webinar Architectural Video Presentation Using Lumion Sempena Hari TVET Negara 2025

Webinar Architectural Video Presentation Using Lumion Sempena Hari TVET Negara 2025

10 Jun 2025 | Webinar Architectural Video Presentation Using Lumion Sempena Hari TVET Negara 2025 Berlangsung hari ini satu webinar khas sempena Hari TVET Negara 2025 bertajuk Architectural Video Presentation Using Lumion, hasil kolaborasi antara ILP Kuala Langat dan Institute of Modern Architecture and Technology (IMAT), Medan, Indonesia. Webinar yang dikendalikan oleh Encik Syamsul Nizam dan Encik Mohd Rais ini telah disertai oleh para pelajar dari ILP Kuala Langat dan IMAT. Sesi berlangsung selama 3 jam menerusi platform Google Meet, bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Sepanjang sesi, para peserta didedahkan kepada teknik-teknik asas dan lanjutan dalam penggunaan perisian Lumion untuk menghasilkan pembentangan video seni bina yang menarik dan profesional. Perkongsian ini bukan sahaja membuka ruang kepada pertukaran ilmu antara dua institusi, tetapi turut memperkukuh hubungan kerjasama serantau dalam bidang pendidikan TVET. Terima kasih kepada pihak IMAT, para pelajar yang menyertai, serta semua tenaga pengajar dan urus setia yang terlibat dalam menjayakan webinar ini. Semoga program sebegini dapat diteruskan dan memberi manfaat besar kepada pelajar dalam mendepani cabaran dunia kerjaya. Jumpa lagi pada sesi webinar oleh pihak IMAT pada masa terdekat ini.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial