
Karnival Pendidikan Kerjaya Murid (SUKSES) 4.0
11-12 Jun 2025| ILP Kuala Langat dengan diwakili oleh En Hilmi dan Pn Fairusniza telah mengadakan promosi latihan kemahiran dan pemilihan kerjaya di Karnival Pendidikan Kerjaya Murid (SUKSES) 4.0 bertempat di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya. Program ini merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK) dengan kerjasama Eish Aghnia Global Resources (EAGR).
Melalui program ini, peluang pendidikan dan kerjaya serta insentif-insentif yang disediakan oleh kerajaan berkaitan TVET dapat disalurkan kepada semua pelajar sekolah menengah dan orang awam.
Adalah diharapkan melalui program ini dapat menarik lebih ramai belia yang berpotensi menceburi bidang kemahiran TVET sebagai pilihan untuk pendidikan dan kerjaya.