
Kursus Umrah ILPKLS 2025
12 April 2025 | Surau Ar-Rahman ILP Kuala Langat dengan kerjasama Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Caw. Banting) telah berjaya menganjurkan Kursus Umrah yang melibatkan penyertaan seramai 100 orang dikalangan staf dan pelajar. Kursus ini memberi pendedahan teori, praktikal pemakaian ihram serta simulasi lengkap ibadah tawaf, sa’ie dan tahallul.Slot yang dikendalikan oleh penceramah berpengalaman ini memberi peluang kepada peserta memahami rukun dan tatacara ibadah umrah dengan lebih jelas serta menghayati hikmah di sebalik perjalanan spiritual ini.