
Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama Dengan Syarikat Tatacara Sdn. Bhd.
28 Februari 2025 | Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) Di Antara ILP Kuala Langat Dengan Syarikat Tatacara Sdn. Bhd.
Pada hari yang bersejarah ini, ILP Kuala Langat telah menandatangani sebuah Memorandum Kerjasama (MoC) dengan syarikat Tatacara Sdn. Bhd., khususnya bagi bidang Tek. Komputer Rangkaian, Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif) dan Tek. Perisian (Pembangunan Aplikasi Web).
Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dibincangkan sepanjang tempoh kerjasama yang terjalin. Kedua-dua pihak juga bersedia untuk memberi komitmen bagi melaksanakan pelbagai program bersama seperti perkongsian teknologi dan kepakaran, peningkatan kemahiran pengajar dan pelajar dan lain-lain lagi.
Semoga kerjasama yang terjalin ini akan membawa manfaat serta kebaikan kepada pihak institut dan juga syarikat. Sekaligus dapat meningkatkan kualiti latihan kemahiran kepada para pelajar di ILP Kuala Langat khususnya, agar sejajar dengan kehendak serta keperluan di industri.