Mesyuarat Jawatankuasa Surau Ar-Rahman Bil.1/2025
10 Januari 2025 | Membuka tirai tahun 2025, Jawatankuasa Surau Ar-Rahman telah mengadakan mesyuarat bil 1 yang membincangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2024. Melalui mesyuarat ini juga, Pengerusi Jawatankuasa Surau Ar-Rahman telah membentangkan perancangan aktiviti yang bakal dijalankan bagi tahun 2025. Adalah diharapkan dengan perancangan ini dapat mengimarahkan lagi surau Ar-Rahman kepada semua warga ILPKLS khususnya.
Di akhir mesyuarat, Pengerusi Jawatankuasa Surau Ar-Rahman telah menyampaikan cenderahati dan penghargaan kepada En Kamarulmizan bin Jaini yang telah banyak menyumbang bakti dan keringat serta membantu Jawatankuasa Surau Ar-Rahman dalam menjayakan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2024. Seluruh AJK Surau Ar-Rahman mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan kecemerlangan di tempat baharu.