Ceramah Motivasi dan Saringan Kesihatan Khas
19 Julai 2024 || Ceramah Motivasi dan Saringan Kesihatan Khas
ILP kuala Langat telah menganjurkan program ceramah motivasi bertajuk "Pengurusan Stress & Emosi" khusus memberi pendedahan kepada kakitangan ILPKLS mengenai cara menguruskan stress dan emosi dengan lebih berkesan dalam kehidupan seharian dan di tempat kerja. Ceramah yang telah disampaikan oleh Pegawai Psikologi (Kaunseling), Cik Aina Syakira binti Ahmad Tarmizi, dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat. Cik Aina berkongsi tips praktikal dan teknik-teknik yang berguna untuk mengendalikan tekanan dengan lebih baik.
Selain itu, selepas selesai ceramah, telah diadakan satu sesi saringan kesihatan kepada semua kakitangan ILP Kuala Langat. Saringan ini diadakan bagi tujuan mengenalpasti kesihatan fizikal berada pada tahap yang optimum.