Hari TVET Negara 2024
7 - 8 Jun 2024 || Hari TVET Negara 2024
Hari TVET Negara 2024 telah berlangsung dengan meriah di ILP Kuala Langat, Selangor dengan bertemakan "TVET Pilihan Utama Kerjaya", acara ini mendapat sambutan hangat daripada para pengunjung.
Pada hari kedua sahaja, lebih daripada 50,000 pengunjung telah hadir untuk menyaksikan pelbagai aktiviti dan pameran yang disediakan. Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, menandakan betapa pentingnya Hari TVET ini dalam mempromosikan TVET sebagai laluan kerjaya yang utama.
Sebanyak 5 hub interaktif disediakan kepada pengunjung, masing-masing memfokuskan kepada bidang teknologi, pendidikan vokasional, dan kerjaya masa depan. Ini memberikan peluang kepada pengunjung untuk memahami dan mendalami pelbagai aspek TVET dengan lebih dekat.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah hadir dan menyokong Hari TVET Negara 2024. Kehadiran anda semua menjadikan acara ini satu kejayaan besar.