Promosi Sempena Hari Terbuka Perpustakaan Daerah Kuala Langat
25 Mei 2024 || Promosi Sempena Hari Terbuka Perpustakaan Daerah Kuala Langat
Perpustakaan Daerah Kuala Langat telah menjemput ILP Kuala Langat sebagai pempamer sempena Hari Terbuka Perpustakaan yang diadakan baru-baru ini.
Tujuan utama program ini adalah untuk menyalurkan informasi kepada orang awam berkaitan peluang melanjutkan pelajaran, laluan kerjaya serta kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh ILP.
Adalah diharapkan dengan program sebegini dapat mengeratkan jalinan dan jaringan di antara pihak Perpustakaan Daerah Kuala Langat dan ILPKLS khususnya.