Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari TVET Negara Bil.2/2024
23 Mei 2024 || Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari TVET Negara Bil.2/2024
Sesi perbincangan lanjut mengenai Sambutan Hari TVET Negara melibatkan 12 kementerian yang terlibat secara langsung dalam institusi pendidikan TVET berlangsung hari ini di ILP Kuala Langat.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Ybrs. Tuan Sutekno Bin Ahmad Belon, Timbalan Ketua Setiausaha(Operasi), Kementerian Sumber Manusia bagi menyelaraskan peranan ahli jawatankuasa dari setiap kementerian yang terlibat dalam melaksanakan program ini.
Semoga perancangan melaksanakan program Sambutan Hari TVET Negara di ILP Kuala Langat dapat direalisasikan dengan jayanya.