Accessibility Tools

PROGRAM FINANCIAL WELL-BEING -KWSP DAN ASAS PERANCANGAN KEWANGAN

PROGRAM FINANCIAL WELL-BEING -KWSP DAN ASAS PERANCANGAN KEWANGAN

8 Oktober 2026II PROGRAM FINANCIAL WELL-BEING (LITERASI KEWANGAN) “KWSP DAN ASAS PERANCANGAN KEWANGAN”💙 Membina Celik Kewangan, Merancang Masa Depan! ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dengan kerjasama KWSP Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Financial Well-Being (Literasi Kewangan) “KWSP dan Asas Perancangan Kewangan” yang melibatkan pelajar semester akhir ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Tarikh: 8 Oktober 2026 (Khamis) Masa: 8.00 pagi – 3.00 petang Tempat: Dewan Lavender, ADTEC JTM Kampus Kuala Langat Anjuran: KWSP Kuala Lumpur Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan literasi kewangan, perancangan kewangan dan persediaan menghadapi alam pekerjaan serta kehidupan selepas tamat pengajian. Antara pengisian program termasuk: 🔹 Perkongsian berkaitan KWSP dan perancangan kewangan asas 🔹 Taklimat “Jom Bijak Wang!” – Langkah Kecil, Masa Depan Besar 🔹 Sesi Q&A bersama pihak KWSP 🔹 Pelbagai perkhidmatan dan khidmat nasihat kewangan di Booth KWSP 🔹 Urusan transaksi dan semakan akaun KWSP 🔹 Kahoot Challenge serta penyampaian hadiah kepada para peserta Program sebegini amat penting bagi membantu pelajar memahami bahawa perancangan kewangan perlu dimulakan sejak awal, khususnya sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Rancang hari ini untuk masa depan yang lebih baik! Semoga perkongsian dan pengalaman yang diperoleh melalui program ini dapat menjadi bekalan berguna kepada para pelajar dalam mengurus kewangan secara lebih bijak, berdisiplin dan bertanggungjawab. Terima kasih diucapkan kepada KWSP Kuala Lumpur atas perkongsian ilmu dan kerjasama yang diberikan serta kepada semua warga ADTEC JTM Kampus Kuala Langat yang menjayakan program ini

Related Articles

Alamat

ADTEC JTM Kampus Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial