Accessibility Tools

MESYUARAT JAWATANKUASA PENASIHAT TEKNIKAL (TAC) ADTEC JTM KAMPUS KUALA LANGAT BIL.1/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PENASIHAT TEKNIKAL (TAC) ADTEC JTM KAMPUS KUALA LANGAT BIL.1/2026

17 September 2026|MESYUARAT JAWATANKUASA PENASIHAT TEKNIKAL (TAC) ADTEC JTM KAMPUS KUALA LANGAT BIL.1/2026 Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Teknikal Bil. 1/2026 telah dilaksanakan di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Encik HarisfazillahBin Jamel TAC bidang Teknologi Komputer Rangkaian (Pengerusi), Encik Nizam Bin Bahari (Teknologi CADD Senibina), Ts. Mohd Azrin Bin Ibrahim (Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web)), En. Muhamad Fadlishah Rusli. (Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif)), En. Muhammad Rahezar Bin Rahmat (Teknologi Ujian & Penilaian Penembusan Keselamatan Siber) dan En. Suria Ramadhan Bin Rosman (Teknologi Rangkaian Komputer). Mesyuarat ini merupakan platform bagi membincangkan perkara-perkara yang dapat menambah baik pelaksanaan TVET di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Selain daripada itu, mesyuarat ini juga diharapkan dapat menjadi batu loncatan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat lagi di antara pihak industri dan ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial