Accessibility Tools

Perbahasan Ucapan Dasar MPBN Peringkat Daerah Kuala Langat Tahun 2026

Perbahasan Ucapan Dasar MPBN Peringkat Daerah Kuala Langat Tahun 2026

26 Ogos 2026 | Penglibatan Pelajar ADTEC JTM Kampus Kuala Langat Dalam Perbahasan Ucapan Dasar MPBN Peringkat Daerah Kuala Langat Tahun 2026 ​Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menghantar 3 wakil pelajar iaitu Iskandar Fahmi bin Bashiluddin, Muhammad Harris Iman bin Lukman dan Nur Athilia Sofia binti Mohd Tarmizi bagi menjayakan Perbahasan Ucapan Dasar Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Kuala Langat Tahun 2026. ​Program yang berlangsung pada tengah hari tadi di Dewan Ibnu Sina, Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) Kuala Langat dipengerusikan.oleh Pegawai Daerah Kuala Langat iaitu YM Tengku Rohana binti Tengku Nawawi. ​Penglibatan ini diadakan bagi memfokuskan kepada isu-isu pembangunan serta keperluan belia setempat, sekali gus menyokong Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri dan Kebangsaan kelak. ​Semoga penglibatan ini memberi manfaat kepada para pelajar dalam mengasah kepimpinan dan menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan generasi belia TVET yang berdaya saing.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial