PROGRAM JELAJAH KETUA PENGARAH BERSAMA WARGA ADTEC JTM KUALA LANGAT
20 OGOS 2026 (KHAMIS) | PROGRAM JELAJAH KETUA PENGARAH BERSAMA WARGA ADTEC JTM KUALA LANGAT
"Mendengar Aspirasi, Menyantuni Warga, Memperkasa TVET"
Hari ini, ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah berlapang dada menerima kunjungan kepimpinan tertinggi menerusi Program Jelajah Ketua Pengarah JTM. Majlis bermula seawal jam 9.00 pagi dengan Sesi Interaksi Mesra Ketua Pengarah bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi menyuarakan aspirasi serta cadangan pembangunan mahasiswa.
Acara rasmi diteruskan lagi dengan dua perasmian bersejarah:
📍 Perasmian Mercu Tanda ADTEC JTM Kampus Kuala Langat
🎙️ Perasmian Studio Podcast ADTEC JTM Kampus Kuala Langat
Kedua-dua acara gimik perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.
Sejurus perasmian, YBhg. Dato' Ketua Pengarah turut menjadi tetamu jemputan pertama bagi rakaman Podcast 'Sembang TVET @ JTM' Episod 01: 12 Destinasi, Satu Perjalanan. Sesi ini menelusuri pengalaman serta hala tuju perjalanan kepimpinan beliau dalam memperkasakan ekosistem TVET negara.
Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato' Ketua Pengarah di atas sokongan padu dan amanat yang disampaikan demi kemajuan warga ADTEC JTM Kampus Kuala Langat!