Terma dan Syarat Pertandingan Hackathon : Coding The Future
A. Penyertaan
1.Peserta
i. Peserta mestilah pelajar berdaftar di bawah institusi dan masih dalam tempoh pengajian.
ii. Peserta mesti berusia 25 tahun dan ke bawah.
iii. Peserta perlu menyediakan kad pelajar yang sah semasa pendaftaran. Peserta perlu melantik seorang (1) daripada ahli pasukan mereka sebagai Ketua Pasukan.
2.Pasukan
i. Satu pasukan hendaklah terdiri daripada dua (2) peserta dan ditemani oleh seorang jurulatih.
ii. Setiap institut boleh menghantar maksimum dua (2) penyertaan.
iii. Setiap pasukan mesti berdaftar secara rasmi untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
3.Jurulatih
i. Jurulatih mesti merupakan kakitangan dari institut iaitu pensyarah.
ii. Jurulatih mesti menyediakan kad staf yang sah semasa pendaftaran.
iii. Jurulatih bertanggungjawab untuk menguruskan pendaftaran pasukan dan menguruskan pasukan semasa pertandingan.
iv. Jurulatih boleh mengendalikan lebih dari satu pasukan dari institusi yang sama.
B.Pendaftaran dan Pembayaran
1. Pendaftaran hendaklah dilakukan secara atas talian di https://www.ilpkls.gov.my/cybersecurity
2. Kaedah pembayaran dan maklumat bank akan diberikan kepada pasukan yang berdaftar melalui emel.
3. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap pasukan.
4. Tarikh tutup pendaftaran dan pembayaran adalah pada 28 Ogos 2023 (Isnin).
5. Taklimat pertandingan akan diadakan pada 30 Ogos 2023 (Rabu) secara atas talian.
6. Tarikh pertandingan adalah pada 5 September 2023 hingga 6 September 2023 selama 24 jam. Sesi pembentangan akhir akan diadakan pada 6 September 2023.
C. Keperluan Pertandingan
1. Peserta dikehendaki untuk membawa komputer / komputer riba, perkakasan, dan perisian sendiri serta memenuhi keperluan asas berikut:
i. Pengetahuan dan kemahiran
a. Kemahiran dalam bahasa pengaturcaraan seperti Python, Java, C++, JavaScript atau bahasa pengaturcaraan lain.
b. Pengetahuan tentang HTML, CSS, dan JavaScript untuk membina aplikasi web dan antara muka pengguna.
c. Kemahiran dalam mencipta aplikasi mudah alih untuk platform Android atau iOS.
d. Pemahaman tentang prinsip reka bentuk pengalaman pengguna (UX) dan antara muka pengguna (UI) seperti Adobe XD, Sketch, atau Figma.
ii. Perkakasan
a. Setiap pasukan dibenarkan membawa maksimum tiga (3) komputer / komputer riba
b. Komputer / komputer riba tersebut mesti memenuhi sekurang-kurangnya keperluan berikut:
● Minimum processor Intel i5 64-bit atau setara
● Minimum 4GB RAM
● Sekurang-kurangnya 20GB free space.
c. Port RJ45 atau ethernet adapter (setiap pasukan akan diberikan 2 kabel).