Terma Dan Syarat Pertandingan

Capture The Flag : Unleash The Cyber Warriors

A. Penyertaan

 1.Peserta  

   i. Peserta mestilah pelajar berdaftar di bawah institusi dan masih dalam tempoh pengajian.

   ii. Peserta mesti berusia 25 tahun dan ke bawah.

  iii. Peserta perlu menyediakan kad pelajar yang sah semasa pendaftaran. Peserta perlu melantik seorang (1) daripada 

    ahli pasukan mereka sebagai Ketua Pasukan.     

 2.Pasukan

  i.  Satu pasukan terdiri daripada dua (2) peserta dan ditemani oleh seorang jurulatih.

  ii. Setiap institut boleh menghantar maksimum dua (2) penyertaan.

  iii. Setiap pasukan mesti berdaftar secara rasmi untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

 3.Jurulatih

 i. Jurulatih mesti merupakan kakitangan dari institut iaitu pensyarah.

 ii. Jurulatih mesti menyediakan kad staf yang sah semasa pendaftaran.

 iii. Jurulatih bertanggungjawab untuk menguruskan pendaftaran pasukan dan menguruskan pasukan semasa pertandingan.

 iv. Jurulatih boleh mengendalikan lebih dari satu pasukan dari institusi yang sama.

B.Pendaftaran dan Pembayaran

1. Pendaftaran hendaklah dilakukan secara atas talian di https://www.ilpkls.gov.my/cybersecurity

2. Kaedah pembayaran dan maklumat bank akan diberikan kepada pasukan yang berdaftar melalui emel.

3. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM150.00 bagi setiap pasukan.

4. Tarikh tutup pendaftaran dan pembayaran adalah pada 28 Ogos 2023 (Isnin).

5. Taklimat pertandingan akan diadakan pada 29 Ogos 2023 (Selasa) secara atas talian.

6. Tarikh pertandingan adalah pada 6 September 2023 hingga 7 September 2023.


C.Keperluan Pertandingan

1. Peserta dikehendaki untuk membawa komputer / komputer riba, perkakasan, dan perisian sendiri serta memenuhi keperluan asas berikut:

   i. Pengetahuan dan kemahiran

    a. Command asas sistem operasi Linux dan Windows.

    b. Pengetahuan asas berkaitan rangkaian (alamat IP, TCP/IP)

    c. Pengetahuan asas forensik komputer.

    d. Tindak balas insiden untuk Linux dan Windows.

   ii. Perkakasan

    a. Setiap pasukan dibenarkan membawa maksimum tiga (3) komputer / komputer riba

    b. Komputer / komputer riba tersebut mesti memenuhi sekurang-kurangnya keperluan berikut:

        ● Minimum processor Intel i5 64-bit atau setara

        ● Minimum 4GB RAM

        ● Sekurang-kurangnya 20GB free space.

     c. Port RJ45 atau ethernet adapter (setiap pasukan akan diberikan 2 kabel).

     d. Setiap pasukan dikehendaki membawa sekurang-kurangnya satu (1) sambungan kuasa tambahan kerana penganjur                 hanya menyediakan satu (1) soket kuasa untuk setiap meja pasukan.

D.Peraturan

 1. Sebarang cubaan dalam senarai berikut akan menyebabkan pasukan digugurkan daripada pertandingan:

    i. Cubaan menyerang papan pemuka pertandingan.

    ii. Cubaan serangan DDOS semasa pertandingan berjalan.

    iii. Berkongsi bendera (flag) dengan pasukan lain.

    iv. Mengganggu operasi pertandingan.

    v. Menggodam, menipu, sabotaj dan mengancam semasa pertandingan.

 2. Jika terdapat keputusan seri antara pasukan, pemenang akan dipilih berdasarkan masa paling singkat.


E.Pembatalan atau Penangguhan

Pihak penganjur berhak untuk membatalkan atau menangguhkan program atas sebab-sebab yang tidak dapat dijangka.