Profil penceramah bagi

Seminar Keselamatan Siber

Inspektor Hahnussriya A/P Rajendren
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman

Beliau pernah bertugas di kontinjen Perak sebagai inspektor pegawai Penyiasat Jenayah Komersil selama 5 tahun. Beliau kini bertugas sebagai Inspektor Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Siber & Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman selama 3 tahun.

Prof. Madya Dr. Mohammad Zulafif Bin Rahim
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Beliau merupakan Ketua Projek bagi “Kajian Berkaitan Permintaan Tenaga Kerja TVET dalam Bidang Keselamatan Siber”, bermula pada tahun 2022 sehingga 2023. Beliau juga berpengalaman sebagai Ketua Projek dalam penelitian jurang permintaan dan pengeluaran tenaga kerja TVET bagi sektor-sektor lain di Malaysia seperti Automotif (melalui kajian pada tahun 2020) juga industri Aeroangkasa (pada tahun 2019). Beliau juga merupakan salah seorang penulis utama kepada penerbitan buku- buku laporan kajian tenaga kerja TVET yang diterbitkan bersama pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan beberapa Industry Lead Body (ILB) seperti Naico dan MARii dibawah terbitan Perpustakaan Negara.

Datin Dr. Norrizan Razali
Tech Capacity Sdn Bhd

Beliau adalah Pengarah Urusan dan Pengasas Tech Capacity Sdn. Bhd. Beliau merupakan pakar rujuk utama bagi program dan latihan kesedaran keselamatan siber di CyberSecurity Malaysia (CSM). Kepakaran beliau juga menjadi rujukan industri dan institusi pengajian di mana beliau turut berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah beberapa syarikat dan institusi pengajian. Kepakaran dan sumbangan di bidang pendidikan beliau turut diiktiraf dengan beberapa anugerah di peringkat antarabangsa dan kebangsaan. Di antaranya ialah Anugerah Kerjasama Selatan-Selatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Projek Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), Projek Sekolah Bestari Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Kemboja, Lao, Myanmar dan Vietnam (2008), Anugerah China Wenhui-UNESCO untuk Program Penanda Aras Sekolah Bestari Luar Bandar (2010) dan Anugerah FutureGov (penerbitan serantau mengenai inovasi kerajaan) untuk Program Penanda Aras Sekolah Bestari Luar Bandar (2010).

Profil penceramah bagi forum

Room For More : Career Growth In Cyber Security

Ts. Mohammad Zaharudin Ahmad Darus
CyberSecurity Malaysia (CSM)

Beliau merupakan Ketua Jabatan Risikan Risiko Siber di Bahagian Perkhidmatan Responsif dan Keselamatan Siber, CyberSecurity Malaysia (CSM), di mana tugas beliau adalah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan risikan ancaman di ruang siber yang merangkumi laman sesawang gelap, Analisa serangan permukaan serta platform pertahanan siber. Beliau memulakan karier sebagai seorang JuruAnalisa Forensik di bawah Jabatan Forensik Digital, CyberSecurity Malaysia pada tahun 2010. Beliau telah menyelesaikan banyak kes-kes yang melibatkan CCTV dan telah menjadi saksi pakar lebih dari 20 kali di Mahkamah Tinggi. Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Perisian daripada Universiti Teknologi Malaysia. Beliau memperolehi pensijilan profesional sebagai Juru Analisa Forensik EnCE (EnCase Certified Examiner) dan juga pakar Biometrik CBP (Certified Biometric Professional). Selain itu, beliau kini merupakan Teknologis dalam bidang Keselamatan Siber daripada Lembaga Teknologis Malaysia atau MBOT (Malaysia Board of Technologists).

Pn. Sharifah Sajidah Bt Syed Noor Mohammad
CyberSecurity Malaysia (CSM)

Kerjaya beliau bermula di Pusat Tindak Balas Kecemasan dan Keselamatan ICT Kebangsaan (NISER) pada tahun 2003 sebelum NISER diangkat menjadi sebuah organisasi yang dikenali sebagai CyberSecurity Malaysia (CSM). Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan, UiTM dan Ijazah Sarjana Sains Maklumat, Universiti Malaya. Beliau merupakan pemegang pensijilan Lead Auditor ISMS ISO: IEC 27001:2005 (keupayaan untuk mengaudit dan mengesahkan sistem pengurusan keselamatan maklumat mengikut piawaian antarabangsa yang diiktiraf) dan pensijilan Lead Auditor BCMS ISO 22301 (memeriksa dan mengaudit sistem pengurusan kesinambungan perniagaan mengikut piawaian ISO terkini). Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Pelan Anti Rasuah Organisasi CyberSecurity Malaysia (OACP) ACE Global. Latar belakang beliau yang merangkumi pengurusan dan pembangunan modal insan, pengurusan maklumat dan keselamatan siber menjadikan beliau sebagai individu yang boleh memahami dan mengintegrasikan pelbagai aspek yang relevan dalam konteks sumber manusia dan keselamatan siber.


Prof. Madya Dr. Mohamad Yusof Bin Darus
Universiti Teknologi Mara (UiTM

Beliau merupakan Ketua Pusat Pengajian Sains Pengkomputeran, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) dan Ketua Cybersecurity Competence Center, UiTM Shah Alam. Beliau berkelulusan Phd in Computer Science (2013), UTM. Beliau memperolehi beberapa persijilan profesional iaitu Certified Ethical Hacker Certification (CEH), Certified Network Defender (CND), CISCO Certified Network Associate Security dan Cisco Certified CyberOps Associate. Beliau telah berjaya memperolehi Grant for Cybersecurity & Digital forensic daripada KPT dan Grant for Cyber Security & Big Data Analysis (Industrial Collaboration Program – ICP).



En. Anuar Bin Ismail
ASK Pentest Sdn Bhd

Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di syarikat ASK Pentest Sdn. Bhd. Beliau berkelulusan Bachelor of Engineering dengan kepujian dalam bidang (Electrical & Electronics Engineering) Universiti Sains Malaysia. Beliau merupakan pemegang persijilan profesional ITIL Certification dan Certified Data Center Professional. ASK Pentest telah ditubuhkan pada tahun 2014, yang mana ianya memberi tumpuan kepada menyediakan Perundingan dan Perkhidmatan Keselamatan IT. ASK Pentest telah memberikan perkhidmatan kepada institusi-institusi Kewangan dan pelanggan-pelanggan lain termasuk di negara-negara ASEAN.