MINGGU KESELAMATAN SIBER ILP KUALA LANGAT

5 – 7 September 2023

ILP Kuala Langat selaku pusat kecemerlangan teknologi maklumat dan keselamatan siber khususnya di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) mengambil peuang untuk melaksanakan pelbagai program dan kursus yang menjurus kepada keselamatan siber bagi memberi pendedahan serta maklumat kepada masyarakat mengenai kepentingan bidang keselamatan siber pada masa kini.


Minggu Keselamatan Siber ini merupakan acara tahunan ILP Kuala Langat bermula tahun 2022. Program ini memfokuskan peserta dalam kalangan pelajar dan pengajar ke arah pendedahan kepada bidang keselamatan siber. Program ini juga dapat mencungkil bakat dan mempertingkatkan tahap pengetahuan serta kemahiran peserta melalui aktiviti-aktiviti seperti Capture The Flag (CTF), Hackathon, seminar dan forum.

Objektif Program

Menghimpun pemain-pemain industri dalam bidang keselamatan siber seperti CyberSecurity Malaysia (CSM), Cisco, CompTIA, Amazon Web Services (AWS) dan EC-Council

Memberi peluang kepada semua pengajar dan pelajar dari ILJTM serta rakan TVET yang lain untuk menyertai, sekaligus mengasah penhetahuan & kemahiran mereka dalam bidang keselamatan siber melalui pertandingan yang diadakan

Memberi pendedahan dan maklumat mengenai kepentingan keselamatan siber pada era digitalisasi kini melalui perbincangan forum dan seminar oleh organisasi peneraju keselamatan siber

Menggalakkan percambahan idea, kreativiti dan inovasi pelajar,pengajar serta rakan TVET lain melalui pameran hasil-hasil projek inovasi

Pelbagai aktiviti menarik berkaitan pengetahuan & kesedaran keselamatan siber akan diadakan seperti pertandingan, kursus, seminar, forum, pameran, temuduga terbuka dan banyak lagi.

SEMUA DIJEMPUT HADIR!